Roda kehidupan sentiasa berputar.
Ada kala kita di atas. Di saat itu, adakah kita melihat orang di bawah? Atau kita hanya selesa berada di atas tanpa mempedulikan yang lain? Di saat itu, pandanglah ke bawah dan bantulah mereka. Allah ingin mengujimu. Ingatlah kita tidak akan selemanya berada di atas. Suatu hari nanti, kita mungkin berada di bawah.
Bila di bawah, pandanglah ke atas supaya kita mampu berada pada tahap itu juga. Namun, jangan lupa untuk memandang ke bawah juga kerana masih ada yang kurang daripada kita. Jika hanya memandang atas, takut akan membuatkan kita lupa untuk bersyukur. Sedangkan masih ada lagi yang lebih malang dari kita.
Sekadar muhasabah.
Jangan menyangka kau akan selamanya berada di atas. Be humble.

No comments:
Post a Comment