Bersyukurlah atas pertemuan itu, kerana tanpa pertemuan pasti tiada perpisahan.
Pertemuan itu tidak diatur hanya untuk sia-sia..
Kehadirannya mungkin untuk mengajar sesuatu dalam kehidupan kita.
Di saat mereka mula melangkah pergi, pasti akan ada rasa sedih atas kehilangan.
Kehilangan yang pasti akan dirasai.
Namun, perpisahan itulah yang akan membuatkan kita menghargai erti perkenalan itu. Kerana di saat itulah, baru kita tahu menghargai erti kehadiran mereka dalam hidup kita..
Ketahuilah, perpisahan ini hanya dipisahkan oleh jarak. Jarak yang memisahkan. Namun, di dalam doa ia tetap hadir. :-)
Perpisahan juga membuatkan kita lebih kenal siapakah diri kita pada diri mereka.
Macam-macam boleh berlaku bila berlakunya perpisahan. Mungkin dilupakan. Mungkin diperlukan. Terpulang pada diri mereka. :-)
Tertanya pada diri, "is it the time to say goodbye?"
JIka diizinkannya, insyaAllah akan bertemu semula. Namun, andai pertemuan bukan milik kita lagi, ku mohon maaf sekiranya pertemuan dan perkenalan ini ada yang menyakitkan hati.
Nice knowing you..
Jangan Lupa Namaku.. :')



No comments:
Post a Comment