Sunday, September 4, 2011

Kaca dan Permata

Duhai sahabat,
adakalanya mereka tersilap utk menilai kaca dan permata,
janganlah dirimu menjadi kaca itu, sebaliknya jadilah permata yang dikagumi ramai,
engkau adalah permata agama, gilaplah dirimu supaya terus bersinar di arena perjuangan ini.. dirimu amat berharga, jangan sesekali kau letakkan dirimu dibawah kerana mengejar sesuatu yg belum pasti..

ingatlah, jadilah srikandi agama..
perjuangan kita masih panjang,
ia takkan terhenti di sini..
penghujungnya belum tiba..
bukankah kita telah berjanji akan menyusuri jalan ini bersama-sama?

aku tahu dirimu kuat dan tabah
hadapilah segala cabaran dan halangan dengan iman yang teguh,
insyaAllah, kamu akan selamat.

sahabat,
teguriku di saat aku mula lemah,
kerana aku tidak selalu kuat,
ada masa, aku merasa sangat lemah dan ingin berhenti dari terus melangkah..
aku mula goyah, tidak tetap pendirian.
aku memerlukan seseorang yang mampu menguatkanku kembali..
nasihatiku di saat aku mula alpa,
kerana aku hanya insan biasa yang sering terlupa..
aku insan lemah yang sering melakukan dosa dalam sedar atau tidak..

semoga kita semua terus thabat di jalan ini..
jalan yang menuntut pengorbanan..
biarkan mereka terus berkata,
kerana kita mempunyai tujuan utama..

kuatkanlah hat-hati kami ini utk trus berjuang di jalanMu..
satukanlah hati-hati ini..
supaya kami sentiasa bersama dalam suka dan duka..

~titipan buat mereka yang ku sayangi..~

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Di jalan Allah PERSAHABATAN ini bukan milikku..
dan juga bukan milikmu..
PERSAHABATAN ini adalah perancangan Allah yang maha mengetahui segala RAHSIA..
kerana DIA lah aku MENGENALIMU..
dan kerana DIA juga lah telah MENETAPKAN kite MENGUKIR KENANGAN BERSAMA..
Alhamdulillah,SYUKRAN atas PERSAHABATAN INI..Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
●•٠·˙

No comments: