Thursday, November 24, 2011

Tahniah

Salam pembuka bicara.

Bercerita tentang senior-seniorku yang telah menamatkan alam belajar di maktab. Pastinya tempoh belajar itu sudah cukup mematangkan diri dan mempersiapkan diri menuju bidang pendidikan yang pastinya semakin mencabar. Kenangan dan masa bersama sahabat seperjuangan pastinya sukar untuk dilupakan. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah mereka tempuhi bersama.

Cemburu rasanya bila melihatkan mereka. Mereka terlalu bagus. Ketiadaan mereka pasti dirasai. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sedih apabila melihatkan post-post mereka memohon maaf.. Semoga mereka terus maju kehadapan dan menyumbang sesuatu untuk anak-anak bangsa. Bersama membentuk generasi pemimpin akan datang..

Terfikir bagaimana agaknya saatku nanti, 3 tahun lagi. Terasa amat panjang lagi perjalanan ini. Namun, di akhirnya terasa amat cepat masa berlalu.. Semoga di saat itu nanti, aku telah bersedia sepenuhnya untuk menjadi pendidik. Pastinya sedih meninggalkan teman-teman dan tempat yang telah banyak berjasa. Tidak sangka dicampak ke kota Metropolitan ini.. Kerana mendapat mimpi untuk belajar di Sabah/Sarawak. Walau bagaimanapun, jodohku di IPIK.

----------

(Imbas kembali)
Sepertinya sudah ada tautan antara hati ini dgn IPIK sewaktu aku di USIM pada 2009. Membaca berita tentang IPIK ditutup kerana SARS (if not mistaken).. hati mula berminat dan tertanya-tanya dimanakah Insitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ini? Hanya untuk Pendidikan Khas? Kenapa tak pernah dengar sebelum ni? Tidak lama selepas itu, mendapat panggilan kedua dari maktab. Berjodoh dengan IPIK. Rupanya, Allah nak hantar aku ke situ.. :-)

-----------

Takdir Allah telah menempatkan aku di sini.. Jika tidak, pasti aku tidak bertemu 'mereka'. Bersyukur mengenali mereka yang banyak mengajar dan membimbing aku.. menerima aku seadanya.. menghargai diriku.. terima kasih ya Allah kerana mempertemukan kami. semoga hubungan dan kemesraan yang terjalin tidak terhenti di sini saja..

Buat mereka yang telah meninggalkan kami,
Ingatlah, walau kalian sudah tidak berada brsama, namun kenangan bersama akan tetap kekal di ingatan..

Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian kalian.. Selamat berjuang! ;-)

Jika ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..

Salam perpisahan...

P/S :: Jangan lupakan kami di sini. Terima kasih kakak2 dan abang2.. Kami pasti merinduimu.. Merindui gelak tawa mereka.. :'(


No comments: