Monday, December 19, 2011

Paksa?

Ada perkara perlu dipaksa. Contohnya tarbiyah diri dan latih diri untuk buat perkara baik. Walaupun dilakukan secara paksa, insyaAllah akan lahir keikhlasan dalam diri apabila dah biasa buat. Kalau diikutkan hawa nafsu, memang rosaklah diri.

Ada perkara yang tidak boleh dipaksa. Contohnya, bila melibatkan insan lain. Ada kalanya ia melibatkan kebahagiaan. Ada kalanya kita perlu melepaskan untuk kebahagiaan orang lain. Biarlah insan itu yang memilih, kerana dia lebih tahu apa yang dia mahu. Anggaplah semua itu jawapan dan ketentuan dari Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik dan apa yang kita perlu.

Tak semua jawapan perlu dengar dari pengakuan dan lisannya. Ada kala, kita boleh lihat melalui perbuatannya. Dalam tidak sedar, perbuatan itu sendiri yang berbicara dan mendedahkan segalanya. Hanya mampu difahami oleh insan yang melaluinya.

Memang betul kita perlu memahami dan cuba untuk faham orang lain jika ingin difahami. Terserah pada insan untuk menilai. Walau apa pun, pandangan dan penilaian Allah itu yang perlu diutamakan.

Just pray for your happiness. All the best.

No comments: