Wahai pimpinan,
bukan mudah untuk membuat keputusan dan melakukan pemilihan.
kelak, kita yang akan dipersoalkan tentang keputusan yang dibuat.
semoga kamu telah mempunyai jawapan untuk segala keputusan itu.
kadang kita tak menyangka, keputusan yang dibuat mula dipersoal.
satu demi satu. di saat itu, rasa serba salah mula menyelubungi.
bukan mudah menjadi orang yang terpaksa membuat pemilihan.
dia terpaksa berhadapan dengan insan-insan yang tidak terpilih.
mereka seakan menjauhkan diri. seolah ada jurang antara kami.
kamu tidak terpilih bukan kerana tidak layak.
ia juga tidak bererti kamu tidak boleh menolong agama Allah.
kamu masih ada tanggung jawab lain, sebagai khalifah di bumi ini, sebagai hamba Allah.
tiba masa, kamu akan mengetahui segala perancangan yang Allah aturkan adalah terbaik.
senyumlah, masa itu akan tiba. di saat itu, aku akan merasa lega. :-)
kepada yang terpilih, buktikan yang kamu memang layak.
segala yang berlaku ada hikmahnya.
mungkin dia tidak terpilih untuk itu, tetapi Allah telah menyediakan perancangan yang lebih baik untuk dia.
aku yakin dan pasti.
pilihan Allah tidak penah salah. yakinlah~
memegang pimpinan bukan mudah. percayalah. terasa berat bahu yang memikul, berat juga kepala yang memikirkan satu demi satu hal. bukan mudah ingin mentarbiyah orang lain jika diri sendiri masih banyak yang perlu dibaiki. namun, itu bukanlah alasan untuk aku menyerah. perancangan demi perancangan yang perlu dilaksanakan masih banyak yang belum terlaksana.
jangan kerana terlalu banyak, aku mula diam, kaku dan tidak berbuat apa.
-akademik juga perlu menjadi keutamaan- tidak mahu menjadi fitnah pada agama.
"Ya Allah, jangan Kau pikulkan bebanan yang tidak mampu aku pikul,."
Pesan seniorku, be positive all the time. insyaAllah everything will be okay~ jgn sampai stresss tak tentu pasal okay!
No comments:
Post a Comment