Wednesday, March 21, 2012

Ampuniku

Ya Allah jahatnya aku bila terlintas di fikiranku..

Kenapa susah untuk ku temui kebahagiaan?

Hatiku menjawab, mungkin Allah tak nak aku leka dalam kebahagiaan.

Kenapa terlalu banyak kekurangan dan kesedihan dalam hidupku?

Hatiku menjawab, Allah nak aku selalu dekat dengan-Nya dengan pelbagai kekurangan dan kesedihan yang Allah timpakan. Allah tak nak aku leka dengan kebahagiaan dan keseronokan dunia ni..

Ya Allah, sesungguhnya rahmatMu amat luas.
Semuanya berlaku dengan kehendak-Mu.. Redhakanlah hatiku..

Menitis dan terus menitis.. T_T

Semoga dengan ujian ini mendekatkan diriku semula kepada-Mu..


Satu ku pinta, jangan jadikan kekuranganku ini fitnah kepada agama-Mu yang suci ini..

Sehingga pernah ku terlintas dalam fikiran untuk lari dari jalan ku pilih ini kerana tidak mahu menjadi fitnah kepada agamu-Mu.. Ampuniku Ya Allah..

Pernah ku terlintas ingin jadi hebat seperti mereka supaya aku mampu bawa agama ini dengan lebih yakin dan berani.. Namun, Allah mentakdirkan yang sebaliknya.. Aku redha.. Kerana pasti ada hikmahnya..

Segalanya milik-Mu.. Kau berhak menarik balik segala yang telah Kau kurniakan..

Alhamdulillah atas segala yang kau berikan..

No comments: