![]() |
| You'll never walk alone... |
Terasa cepat ia berlalu.
Membawa seribu kenangan bersama.
Cuba melupakan segala yang pernah terjadi.
Walaupun susah dan sakit, tetap memerlukan kekuatan.
Alhamdulillah, aku ada Allah yang selalu ada bersamaku.
Kerana aku yakin janjiNya pasti, aku kuatkan hati dan langkahku.
Berjanji tidak mahu berpaling kebelakang lagi.
Apa yang berlaku, ku jadikan iktibar. Yakin yang Allah telah takdirkan sesuatu di sebalik segala yang berlaku.
Many things happened in my life.. di hari lahirku, Allah beri satu hadiah yang amat besar buatku. Mungkin ia sebagai ujian untuk menguji kematanganku. Setelah panjang lebar memikirkan, aku terpaksa menolak hadiah itu dengan cara baik. Mungkin ini yang terbaik buatku pada masa ini. :-)
Dia yang datang bukan biasa-biasa tapi orang hebat bagiku. Dia punya ilmu, punya agama, punya rupa dan punya beberapa kelebihan lain. Aku kaguminya kerana dia datang dengan cara yang baik dan menghormatiku. Maafkan aku :'(
Jika kau tahu situasiku, adakah kau masih menghormatiku?
Biarkan aku di daerah ini. Mungkin ini daerah terbaik buatku.. :-)

No comments:
Post a Comment