Allah takdirkan aku berada di beberapa buah sekolah untuk aku mengenali lebih ramai sahabat-sahabat. Alhamdulillah.. Walau semasa di _____ aku belum terpilih, namun Allah hantar aku ke USIm. Aku hampir bertemu mereka. Namun, bukan di situ tempatku. Hanya kerana satu perkataan yang aku tidak tahu apa maksudnya, aku dikecualikan. Kemudian, Allah bawa aku ke sini. Betapa indahnya aturan dan perancangan Allah, Allah temukan aku dengan 'mereka'. Mereka yang jadi penguatku, yang akan sentiasa bersamaku di atas jalan ini.
Walau hati turut tertanya, apa yang aku ada? Aku tiada apa-apa. Merasakan diri tidak layak. Namun, apabila Allah menginginkannya berlaku, ia tetap berlaku walaupun manusia tidak menginginkannya.. Subhanallah.. :')
Hari demi hari, aku mula faham. Hati turut gembira tatkala bertemu 'mereka', junior2 dan senior2 ku..Semuanya perancangan Allah. Tidak pernah aku sangka ia berlaku.. Allah aturkan pertemuan kami tanpa disangka.. Bertemu di tempat yang tidak ku duga. Ku percaya ini adalah dariMu..
Bilamana aku berada di atas jalan ini, aku cuba untuk menjaga diri dengan sebaiknya. Masih banyak amanah yang tidak tertunai akibat terlalu leka dengan kesibukan dunia.

Ya Allah, moga aku thabat di atas jalan ini.. Dia Maha Penyayang..
No comments:
Post a Comment