Dalam kesibukan, ada kenikmatannya.
Berbagai aktiviti dan perkara perlu difikirkan. BUkan hanya untuk kepentingan diri tapi untuk insan2 di sekeliling. Moga usaha yang sedikit ini mampu dijadikan bukti di akhirat nanti. :')
JAwatan yang banyak bukan kebanggan, namun adalah satu amanah yang berat. Ya Allah, bantulah aku. Sesungguhnya aku tidak meminta diberikan jawatan. Namun, adakalanya aku rasa bertanggungjawab atas sesuatu perkara itu. Aku bukanlah yang terbaik, namun aku akan cuba memberikan yang terbaik.
Kelas mengaji untuk adik-adik. Walaupun diri aku bukan hebat sangat, tapi aku cuba sedaya mungkin. Seronok tengok kesungguhan adik-adik jugak. Mudah-mudahan Allah nilai usaha mereka itu jugak. Sedih jugak bila ada adik yang complaint bila nama mereka dinaikkn utk menghadiri kelas mengaji. Mungkin silap di pihak kami jugak. Namun, sungguh, tidak terlintas di hati kami untuk menilai mereka itu tidak pandai mengaji. Usaha ini adalah atas inisiatif kami bersama. Kami tidak mengharapkan upah walau sedikit pun. Kami korbankan masa yang ada untuk itu. Cukuplah dengan kami dapat melihat mereka mampu membaca dengan baik dan lancar. Itu sudah cukup bagi kami. :')
Kami tidak memaksa. Itu adalah pilihan bagi mereka. Paling tidak, kami telah membuka jalan. Jika di akhirat nanti kami ditanya, paling tidak kami telah usaha. Bergantung atas diri mereka.
*Masih dalam usaha memperbaiki diri. Hanya insan yang serba kurang...
No comments:
Post a Comment