Sunday, July 20, 2014

Ikhlas

ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam..
manusia tidak mampu menilai keikhlasan orang lain.
tapi ikhlaskah jika insan itu menolong tapi dengan marah-marah?
pada aku, bila kita buat sesuatu tanpa terbeban itulah yang akan menghadirkan rasa ikhlas.
bukan mudah nak didik sifat ikhlas dalam diri. aku setuju jika kita paksa diri buat sesuatu dulu untuk tarbiyah diri.
tapi itu tidak melibatkan orang lain.
bila mana kita menolong tanpa rasa ikhlas, mungkin insan lain akan terasa.
bukan kerana dia dapat tahu nilai keikhlasan tapi kerana sikap kita yang menyakiti tanpa disedari.
tanpa disedari ok lagi. kalau dengan sengaja dan sedar sebenarnya?
jika kita menolong tapi dengan menyakitkan hati orang lain, apa gunanya ikhlas di saat itu?

sekali lagi, insan yang menulis juga sedang mencari keikhlasan dalam diri. insan yang menulis juga tidak sempurna malah terlalu hina. menulis hanya untuk sama-sama memperbaiki diri.. insyaAllah.

ramadhan yang masih berbaki beberapa hari.

22 ramadhan. sama-sama ikhlaskan diri beribadah kepada Allah.. :)

No comments: