Sunday, June 12, 2011

Usia


"semakin bertambah usia, semakin berkurang usiaku.."

semakin lama perjalanan hidup ini, semakin banyak la juga kesalahan yang telah dilakukan..

Ya ALLAH, 
berikan kesempatan untukku menjadi hambaMu yang taat..
banyak nikmat-nikmat yang aku dustakan dalam aku sedar atau tidak..
aku sering terlalai dan alpa dengan keindahan dunia ini..
adakalanya, aku lebih mengutamakan pandangan manusia dari pandangan-Mu..
aku juga seringkali tersasar dari jalan-Mu..
tatkala Kau palingkan hatiku kejalanMu,
aku kembali kepada-Mu,
namun selepas itu, aku palingkan semula hatiku..
tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumi ini juga aku abaikan..
aku sering merasa lemah disebabkan kekurangan yang ada..
sedangkan aku tidak melihat pada kelebihan yang aku ada..
ampunkan dosa-dosaku..
jangan Kau tarik nikmat-nikmatMu itu..

berikan kesempatan untukku memohon maaf pada manusia,
sesungguhnya ada hati mereka yang sakit kerana sikapku..
aku tidak mampu menjaga hati semua orang disekelilingku..
aku tidak mahu menjadi fitnah dunia ini..
sesungguhnya aku hamba-Mu yang sering melakukan kesilapan..

berikan kekuatan untuk aku terus melangkah di jalan-Mu ini..
tetapkan hatiku di jalan ini..



No comments: