![]() |
| Amanah itu lagi berat untuk dipikul |
Ketika lahirnya seorang bayi ke dunia, dua perkara yang kita saksikan ialah, bayi itu akan menangis dan digenggam tangannya. Sebenarnya ada simbolik dari kejadian ini.
Bayi itu menggenggam tangan kerana adanya amanah yang bakal dipikulnya nanti..
Bayi itu menangis kerana dia risau tidak mampu menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.
Ya Allah, amanah itu amat berat.
Terkadang diri terasa lemah dan tidak mampu menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan itu..
Namun, kalam Allah yang menjadi pemujuk hati,
"Tidak Allah bebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan kemampuannya.,"
Berkata amat mudah, namun untuk melaksanakan itu ada kalanya terasa susah.
Disebalik kesusahan itulah sebenarnya Allah sedang mengajar erti kesabaran dan kecekalan.
Disebalik itu jugalah Allah mahu kita kembali kepada-Nya. Memohon pertolongan dari-Nya.
Allah tidak memerlukan apa-apa dari kita sedangkan kitalah yang memerlukan rahmat dan kasih sayang Allah untuk terus hidup.. Tapi, mengapa kita selalu lupa? Kita sombong pada Allah. Kita hanya berdoa apabila kita ada hajat dan apabila ada masalah. Ya Allah, betapa hamba-Mu ini sungguh hina. Sungguh malu rasanya.
Ingatlah, pahala dari letih melakukan kebaikan akan kekal, tetapi keseronokan melakukan maksiat akan hilang.
Doaku : Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melangkah di jalan ini. Aku tidak ingin melangkah pergi kerana masih banyak pengalaman yang perlu aku timba. Ya Allah, bimbinglah kami.. Semoga apa yang kami lakukan ini dipandang Allah.. Sesungguhnya kami ini masih banyak kekurangan.. :'(
coretan di malam hari..

No comments:
Post a Comment