Datang junior bertanya padaku, "akak, patutkah saya buang air dalam baldi ni? Lagipun saya nak guna baldi ni utk isi baju yang tak basuh lagi.."
Aku diam dan menjawab, "Buang je lah, guna air tu untuk basuh bilik air tu sekali, amek berus lantai sekali.." :-P
Selepas itu, aku berfikir semula..
Dia menyimpan air itu ketika ketiadaan air di asrama, namun bila sudah ada air itu, air yang disimpan itu dibuang.. Dia sendiri pun sayang nak buang air dalam tu.. Aku pun rasa sayang juga.. Tapi, mungkin ada kegunaan yang lebih penting lagi dan air itu tidak perlu berada di situ lagi. Biarlah air itu dibuang, namun biarlah ia tetap berguna.
Biarlah ia dibuang, tetapi tetap mampu berjasa (membersihkan lantai-lantai bilik air itu..)
Hadirnya di saat diperlukan, perginya apabila dibuang.. Dibuang di saat adanya sesuatu yang lebih banyak dan lebih baik. Namun, air itu tidak sedih kerana dia hadir di saat dirinya diperlukan dan walaupun dibuang, ia telah menabur budi.. (Andainya air itu dapat berbicara.. :-P )
Mencuba untuk senyum semula..
Tamau sedih sedih lagi!
^__^
"Kau tersenyum, ku tersenyum,
Kemesraan menguntum..
Senyum membahagiakan,
Dengan senyuman terjalinlah ikatan.."
-Senyum tak perlu kata apa-apa-
Senyum! :-)
Sekadar pemerhatian.. :-)

1 comment:
semangat yang baru dtg mengembirakan diri..bgus2..=)
Post a Comment