Saturday, December 22, 2012

Anak..?

Ini dia si budak comel! tada!

sweetnya die.. ;)

apa yg die nak cakap ni? ;-P

"jgn la amek gmbr sy, malu.." ^^,

Anak adalah rezeki dari Allah. Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan anak sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang Allah beri cepat, ada yang diberi lambat. Allah nak uji je semua tu kan. Ada yang sangat-sangat mahukan tapi tak dapat. Ada yang belum bersedia dan tak nak anak, tapi senang-senang je dapat. Macam-macam ujian Allah bagi. Ada yang dah dapat anak, tapi diberi ujian anak-anaknya sakit. 

Haritu naik kereta bersama makcik aku, pastu timbul topik anak ni lah. Pastu ada ayat die, "Kita anak ramai pun sakit belako.." Aku diam jelah, xtau nak cakap ape. Kasihan jugak. Dengan keadaan hidup bukanlah senang sangat, terpaksa berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan anak-anaknya. Seorang ibu yang terpaksa melakukan semua kerja kerana suaminya tak mampu memandu kerana masalah dengan kakinya. Berjalan dengan keadaan yang tak sempurna. Ada anaknya yang tua 2 tahun dari aku meninggal pada usia 13 tahun (if not mistaken). Aku pun dah lupa sakit apa, tapi sampai hidungnya terpaksa dibuang, saiz fizikalnya sangat kecil. Lagi kecil dari aku yang memang lagi kecil mase Darjah Lima. 

*Bila cakap tentang hidung, alhamdulillah hidung aku tak kena buang lepas dijangkiti kuman2 berbahaya akibat chicken pox dulu. Kalau tak, aku tak tahu macam mana rupa aku sekarang. Eh, dah silap masuk topik aku lak..

Sambung balik. Itu baru anak yang seorang, sekarang anak yang bongsu dengan anak kedua pun sakit jugak. Itu yang selalu berulang-alik ke hospital. Anak lelaki yang bongsu tu pun tak dapat berjalan dengan sempurna. Nak cakap masalah saraf, bila pergi hospital buat macam-macam rawatan pun, doktor tak dapat identify sakit ape sebab based on result, everything is fine. Bila benda macam ni, biasenya gangguan makhluk halus la jugak.. Macam-macam cerita la jugak.. Hmm.  Cabaran dan ujian buatnya.. Moga makcik aku tetap tabah dan mampu hadapinya.. 

#hidup ini tak sepi dari ujian. :-)


No comments: