Jadikan Alquran sebagai panduan hidup. Pastikan setiap hari, kita baca jugak alquran walaupun sedikit. Kadang-kadang memang rasa malas tapi bila dah baca rasa tak nak berhenti pun ada. Memang susah nak tarbiyah diri, sebab tu kita kena paksa jugak. Tentang ikhlas tu, nanti akan datang sendiri. moga Allah lihat usaha kita kearah mengingatiNya.. :')
Dulu ada pernah usrah dengan seorang kakak ni, bila nak baca quran dan tadabbur quran, die akan cakap, "Mari kita lihat apa yang Allah nak beritahu kita hari ni.". Bila setiap hari baca, insyaAllah kita akan rasa dekat dengan Allah. Kita akan rasa Allah sedang berbicara dengan Allah. Subhanallah segalanya ada dalam al-Quran. So, jangan jadi muslim yang tidak membaca Kalam Allah ini. Jika tidak pernah membaca dan amalkan, bagaimana nak amalkan ajaran Islam? Siapa tahu dengan kuasa Allah, Allah akan buka pintu hati mereka untuk berubah. :')
Selalulah biasakan baca al-Quran dan set in mind, apa yang Allah nak cakap kat aku hari ni.. Kita tak nampak Allah tapi kita dapat rasa Allah itu ada dan selalu menjaga kita. Bila mana Allah gerakkan hati kita untuk berubah ke arah kebaikan, jangan pernah bertangguh. Carilah kekuatan. InsyaAllah Allah akan bantu. Carilah sahabat-sahabat yang baik supaya dapat membimbing kita. Saya takut kalau selalu bertangguh, nanti tiba masa Allah tutup dah pintu hati kita bagaimana? Nauzubillah..
Cuti semakin habis tapi harapnya ibadah sunat kita tidak turut bercuti semasa cuti. Ibadah wajib tu for sure la wajib buat. ;-)
No comments:
Post a Comment