Memang susah untuk mencari ikhlas. Kadang-kadang bila kita dah ikhlaskan niat, akan ada ujian Allah bagi untuk menguji keikhlasan. contohnya kita dah memberi pinjam sesuatu dengan ikhlas.. Tapi, bila lama kelamaan, kita merasa ingin menggunakannya. Di situ keikhlasan teruji, kerana kita hanya mengharapkan ia dipinjam dalam tempoh yang sekejap. Tapi, bila dah lama barang itu tidak dipulangkan, mungkin kita akan menyebut-nyebut. Ingin beli yang baru, kita sendiri sudah tidak berduit. Nak mengharapkan orang faham situasi kita agak susah. Bila disebut, orang akan cakap berkira.. Haish..
Abah pesan, jangan bawa kereta orang, nanti kalau jadi sesuatu, orang akan sebut sampai bila-bila.. Betul kata abah. Contohnya itu kereta baru, mase kita pinjam ada sesuatu berlaku. So, bila jadi apa-apa lagi lepas tu, orang akan cakap, "Ni yang si A lah pinjam dulu..pastu..." Begitulah ceritanya kan walau sebaik mana pun kita dengan orang tu. Kadang-kadang aku pun ada tersebut jugak bila barang aku dah tak seelok seperti yang dipinjam.. Ish, tak baik2.. Kadang-kadang berlaku tanpa sedar.
Susah jugak nak mencari ikhlas.. At least, we try..
Ikhlas untuk melepaskan sesuatu macam mana pulak ye? Hehe.. Senang untuk berkata, aku ikhlas melepaskannya.. Mulut kata hati xkesah tapi hati kata apa? :-P
Kalau aku, mungkin aku cakap aku tak kesah tapi aku harap aku tak akan jumpa dengan orang tu smpai bila-bila. Err, it seems like still has revenge. But for me, i dont have any revenge. But, it is enough till that. No need to remember the past things k. Kita mungkin ada hidup masing-masing. Allah dah tentukan begitu dan begini. Kenapa nak marah dengan takdir Allah? Walaupun mungkin timbul tak puas hati, "kenapa dia buat macam tu, sedangkan dia boleh elak dan ubah benda tu.." :')
Sekadar coretan di pagi hari.. ^^,
:: End Here ::
No comments:
Post a Comment